19.4.10

tukang gunting rambut

~mari sama2 hayati kisah ini~slamat meningkatkan iman~


Seorang lelaki bernama Bador datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulakan sedikit perbualan yang hangat dengan tukang cukur yang melayani nya. Berbagai topik dibincang,namun akhirnya yg menjadi pilihan ialah subjek Tuhan.

"Hai Tuan, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang anda katakan tadi," ujar si tukang cukur. Mendengar ungkapan itu, Bador terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?".. "Mudah saja, cuba fikirkan tentang penyakit? Mengapa banyak anak yang terlantar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan.Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkapnya dengan nada yang tinggi.

Anda jenguklah ke luar jendela itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa manusia terus-terusan ditimpa masalah.
Bador pun berfikir tentang apa yang baru saja dikatakan sang tukang cukur. Namun, dia sama sekali tidak memberi respon agar perbalahan tersebut tidak merebak lebih meluas lagi. Ketika sang tukang cukur selesai melakukan kerjanya, Bador pun berjalan keluar dari salon. Baru beberapa langkah, Bador bertembung dengan seorang lelaki berambut panjang dan janggutnya pun lebat.

Seolah-olah dia sudah lama tidak pergi bercukur dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas. Bador kembali masuk ke dalam salon dan kemudian berkata pada sang tukang cukur, "Tukang cukur x pernah ada!"... Sang tukang cukur pun terkejut dengan kata-kata Bador.

"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang cukur," sanggahnya sang tukang cukur. Bador kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat seperti contohnya lelaki di luar itu." "Ah, anda merepek saja...Tukang cukur itu selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahawa dia tidak mahu datang ke salon saya untuk dicukur," jawabnya tenang sambil tersenyum.

"Tepat!" tegas Bador.

"Itulah contoh nya. Tuhan itu ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini...."

3 kali pukul:

Caramel Foxx said...

adakah anda si bador itu?

Unknown said...

haiyhh x laa..Bador ialah watak cerita yg merupakan hamba Allah yg bijaksana dlm berdakwah..=)

aliarosli said...

em,insap jap

tuhan ade dimane-mane