24.11.11

Karman benci awek cun #1


Suatu pagi yang hening dan penuh hangat serta sedikit berahi diselubungi kabus-kabus musim hujan, Karman menunggang motor kapcai usangnya menuju ke gerai nasik lemak di hujung Kampung Meloqlaqpongpang. Dari kejauhan dia sudah berasa hairan, ahh kenapa senyap sunyi tiada gegak gempita orang mau membeli nasik lemak?

Rupanya kedai nasik lemak Mak Mah tutup. Arghhh!!! getusnya dalam hati. Bukan saja-saja dia mangkit awai pagi nak menghirup udara pagi. Yang dia mau adalah menghirup bau sambal nasik lemak bercampur bau garing ikan bilis dan kacang.

Lantas Karman menyeluk koceknya dan menggapai Samsung Galaxy S II dan terus menekan application "Internet". Dibuka halaman google dan segera ditaipnya "Mana kedai nasik lemak paling sedap lepas kedai Mak Mah?". Tertera di senarai yang paling atas ialah "Nasik lemak Sameah, sebelah kampung hang jaa". 




Dipecut Honda Hawk tahun 1867 milik pusaka keluarganya itu dan segera pi ke kampung sebelah. 5 kilometer sebelum sampai ke destinasi dia sudah terbau nasik lemak yang sangat sedap. Ahh sangat ranum baunya. Serba sempurna acuannya. Dalam-dalam dia menyedut bau tersebut, tak semena-mena dia turut terbau haruman gadis. Umphhhh, wangi bebenor! Dia terus saja melajukan pecutan dan akhirnya sampai ke Warung Nasik Lemak Sameah.

Setelah ditanggal helmet steng di kepala, matanya tertancap ke arah seorang gadis berambut panjang beterbangan dituip angin, barbau harum, berbulu mata lentik, ber t-shirt kecik/baby t, berbody solid, bergincu tipis, bermata bulat kalah Heliza Helmi. Oh ini rupanya Sameah. Tak sia-sia dia datang. Cun sungguh. Cun gila babeng!

Nasik lemak yang dia buat berbau sedap, nasik lemak dia punya pun nampak macam sedap. Monolog Karman di dalam hati.


"Abang nak beli aperrr?" tanya Sameah.

Arhhh, manjanya suara. Cakap Keyyel pulak tu. Karman memang suka awek Keyyel, manjanya rare sekali.

"Nasik lemak teloq mata lah. nak 2 tau, barulah namanya nasik lemak kan. ehehehe" balasnya sambil sengih manja.


"ehehe. ok bang. sebentarrr yerrrrr"








Setelah selesai membungkus, Sameah menghulurkan bungkusan berisi 2 nasik lemak seperti dipinta. Karman memandang dan menyeluk sakunya untuk mengambik duit. Setelah ketemu duitnya, dia mendongak memandang Sameah dan tersenyum lebaq. Tak semena-mena matanya terpandang bawah lengan baju t kecik yang dipakai Sameah, lebih tepat lagi ketiaknya. Berbulu-bulu kerut, bercabang-cabang, ada yang berwarna hitam ada yang perang! 


Dalam perjalanan pulang, nasik lemak 2 bungkus tu dicampaknya kepada kerbau dalam bendang sambil menjerit kuat-kuat.... "nah ameklah, aku sedekah"

2 saat kemudian dia teriak lagi...
"arghhhh aku benci awek cun. cilako tak bleh harap punya Samsung Galaxy s II, patutlah membe aku suruh beli iPhone"



harharhar

22 kali pukul:

Wadi AR said...

nasib gua tak cun

Anisa Hang Tuah said...

gua mmg cun

stalker hebat ! said...

eiuuuuwww!




**sebab 2 sedap agknye nasi lemal sameah.ade perasa tambahan plak.ekekeee^^

NAZRUL AZAT said...

*muntahhh

wek wek

hahaaaaaaaaa

si robot comel said...

Hahaha,

aku comel :D

Afiqah Anwar said...

style ah. google pun guna bahase utara. haha!

Jurnal Murahan said...

hahahaha cam doh

aku pun geli siol. mana tau beli ketiak ter-drop masuk dalam nasi, uh!

izzana said...

hahaha buek buek.erkk ngeri.

Eyka said...

muntahh darahhh 324567890 kli..hahaha :P

Rara. said...

perh.nasib baek aku bukan awek cun.

tak senonoh lansung.

A retarded kitty said...

belian sameah razor

Akim Iqbal said...

Awek cun cakap key el ! euww.. kalau betoi duk KL takpa la.. har har har

sleeping_maniac90 said...

dia lupa nk cukur kot hahaha

ShuN Ju said...

rupanya sameah tu pondan... auwwww

H Y D E said...

keh keh keh! awek takde sivik tu.

nabila izyani said...

awwww cun giler sameah tu..haha
muntah hijau

sya hassan said...

haha yg sameah pun satu.. dh taw bulu ktiak b'cbg lima empat.. pi lagi pkai bju t kecik.. hua3

eRza farEeha said...

hahha..bangek...
mcm tu upernye sameah..ak igt org kedah gak sameah tuu..ahah

qlah said...

erk . haha . kalau aku buang dalam tong sampah terus ;D

Woofer Storm said...

terasa cun pula baca entry ni bro..hehee

say to easy=) said...

hahaha..sebab tu nasi lemak dia sedap..atoi!

ira-yoshida said...

so klw guna iphone baru dapat yang paling tepat la ea? hahahaha