11.4.11

Kesalahan ketika bercakap secara formal


  Ah sudah tajuk nerd abeh habaq hang. Takpa lekluteknafaslu. Ceq bukan mau berceramah kat lu olang. Cukup aa dalam kuliah ampa semua bantai lena. ..Satgi kalu ampa bantai membuta atas keyboard  jadi buruk benor perangai aiyh. Cover sikit, kita ni kakipukoi mesti maintain bajet. haha. Buat-buat yakin jaa. Kalau lutut ketaq2 lagu mana orang nak pecaya cakap kita an.

  Bercakap formal ni contohnya berucap, membuat pembentangan dan mengendalikan mesyuarat. Benda lagu ni ampa kena kuasai jugak skil dia, nanti ada guna nya di masa hadapan. Time pukoi toksah guna, kita hantam jaa. harhar. 


Moh nengok apa ka antara kesalahannya :



aaa...aaa..err...errr
Ini kesalahan paling ketara  majoriti manusia buat. "aaa...errr" akan menyebabkan momentum ampa menurun, mengganggu fokus dan mengurangkan keselesaan pendengar. Selalunya disebabkan gementar dan kekurangan kemahiran menyusun ayat dengan baik. 

"tuan tuan dan puan puan...aaa.....errr.......err...   terkincitlah kamu di dalam cawan.."  tediaa punggah!.


bahasa tak kena, orang dengaq rasa nak lena
Seboleh-bolehnya elakkan penggunaan perkataan KORANG, KITORANG, DIORANG, KAMUORANG dan HABESSAYABUKANORANG?. Dengaqnya macam kita  tak amek serius  apa yang kita cakap. Kita cakap formal ni bukan takat berborak ngan memembe kita jaa. Ada pendengar yang perlu kita tunjukkan rasa hormat kita kat depa. Gunakan kami, mereka dan perkataan lain yang lagi manis didengar di telinga biar ia menusuk kalbu di jiwa. tediaa tediaa. hahaha



Hang rojak, orang rasa nak buat-buat pekak
Yang ni pun tolong la jangan buat. Jangan merojakkan pelbagai bahasa. Kalau nak berbahasa Malaysia, jangan dok campoq dengan bahasa penjajah tu pulak. Kalau English yang dipilih, biaq semua English. Kalau Malaysia, pastikan Malaysia.. 

"Harini saya masak makanan untuk diberi kepada kucing. Then saya bagi kucing makan. Ofkos la kucing saya cakap tak sedap sebab saya masak makanan manusia pun memang rasanya langsung tidak sedap.eheh. So selepas kejadian tersebut terus saya bagi Pedigree sahaja kat kucing saya.."

Tediaa pelaq ngat aiyh. Paling kurang, jika dalam sebaris ayat tu perlukan penggunaan bahasa Inggeris, jadikan keseluruhan ayat tersebut menggunakan bahasa Inggeris. Tak ler buruk benor orang dengaq.


Ehee..ehee...malu lerr
Pernah tengok awek malu2 kucing tak pun tahan gelak guna sebelah tangan nak tutup mulut?Lagu ni...



Berucap ni tak seropa seperti waktu blushing2  ada orang masuk meminang. Bukan la nak suruh tak tahu malu pi tanggai semua baju ka apa...dak aiyh.. cuma tutup mulut dengan tangan tu tak sesuai dilihat orang. Boleh tersipu-sipu malu tapi berpadalah dengan melemparkan selayang senyuman manis buat orang yang setia mendengar anda mengutarakan pandangan. Dok tutup sangat mulut tu satgi jadi lagu ni....




macam orang pregnant anak luaq nikah lak aii.. adehh


  Ni aku habaq ikut apa yang jadi di sekeliling dan sedikit-sebanyak apa yang diajarkan kepada aku. Nak jadi seorang yang boleh bercakap dengan baik, lancar dan penuh keyakinan tu bukannya senang. Kita sehari-hari dah biasa dok cakap bahasa market, tu yang jadi cemuih nak cakap formal. Apa-apa pun, benda boleh belajaq. Kita cuba di permulaan ni dengan menghindarkan apa yang ceq habaq tadi naa..






Nota renyuk kakipukoi :
Kerana mulut perut binasa, kerana mulut si salah jadi betul belaka, kerana mulut huru hara dunia namun akibat mulut perpaduan terlaksana, akibat mulut ramai yang mencipta jasa dan bermula dari ciummulut lah lahirnya anak-anak ke dunia. harharhar . 

35 kali pukul:

strawberrycincau said...

wahhh!! ceq suka entri hang nih!! betoi sngat pe hang gitau tuh.. part yg paling annoy bgi ceq ialah bila awek ngah present cover2 malu smbil tutup mulut...aishhh.. ceq tak suka you... keh3... err, ceq takpa.. malu original.. mmg smulajadi... keh3...;p

Tasha said...

dalam bercakap pun dah terbiasa terselit BI apatah lagi masa menaip....hahahaha..... tapi betul juga....dah alang2 nak selit BI,, bagi habis 1 ayat terus apa salahnya kan~

miss Fyqa said...

ye le..tak perasan kengkadang wat silap.. hehe.

Anitafasha said...

Nub, nak tanye camne nak tingkatkan keyakinan diri kalau nak buat pembentangan kat depan org? (kali ni serius pulak) hikhik

najwa's said...

hehe blajaq cakap baku dalam blog buleh??

♥ animasi terbaru Les' Copaque ♥

Wyna Nubies said...

tp,kalau da terbuat camtu...kita redah jer la..ye x abg nub? huhu~

mida midot said...

betul betul .Berucap ni kena ada confidence level yg tinggi .bukan calang2 org boleh berucap . . .

nabila izyani said...

kerana mulut ..orang melayu menderita ..

i am S!L4H.. said...

adehhh. haha. dushhhh. terkena di sini. hahhaa

nub said...

@i am S!L4H.. haha. xpa2, benda boley improve

nub said...

@nabila izyani yep. betoi tu bel

nub said...

@mida midot yep. tapi benda kita boleh belajaq..beres jaa

nub said...

@Wyna Nubies hehee. try la kurangkan..

nub said...

@najwa's boleh jaa.. tapi bahasa baku bukan dalam penggunaan lagi dah..ok jaa lau mau bajaq. hhehe

nub said...

@Anitafasha haa nanti mungkin ceq boleh wat post pasai ni.. hehe

nub said...

@miss Fyqa an an. haha

nub said...

@Tasha yezza. betoi tu

nub said...

@strawberrycincau haa ikuthang laa cincau oi. haha

Rina Rossoneri said...

i mmg handal cakap formal..
sampaikan cakap biasa pun terformal.
lalalalala...
cara xnak bagi aaa uu aaa..
ketika nak aaa uuu aaa, tarik nafas, kemudian lepas, cuba cakap..

dLa said...

i loikee this entry!

bedpet said...

tu dia aih. u memang pandai buat entry taw. i like u. hahahaha

ira-yoshida said...

huhu.. thanks 4 the information..

aliarosli said...

time aku tak on9 le hang update
time aku on9, taknak pulak

eeeeeeeeeee,tak suke yang kaver malu macam kat bawah tue

rase macam nak hentak je pale die dengan tukul

kalaw ai, ai memang pemulu taw yu

hahhahhahahhah

aniswany said...

tudiaaa entry punya loklaq.HARHAR

HABESSAYABUKANORANG ?

kuikui gila hebat la hang nub =p

♥ Funna ♥ said...

wah!!!belajar bahasa d sini..good2..baik cikgu saya akan guna kan bahasa yg formal lepas ini..pukoi2 nub =)

alyaclumsy said...

har har har, terbaik la. tips yg bernas. heheh. tp yg first skali tu mmg slalu buat pun, hahahhaa

aLieF si Muncung ManiS said...

hari ni saya makan nasi...and then saya pergi school..the school is very2 terbaek....opss.terguna bahasa rojak la pulak..(kiddding..)

nub said...

@Rina Rossoneri terbaeekk tips

nub said...

@dLa hehhhe

nub said...

@ira-yoshida sama2

nub said...

@aliarosli pemulu pon boley naa. haha

nub said...

@aniswany haha. kalau bukan org sapa lagi an. ahha

nub said...

@♥ Funna ♥ dak la..ini kalu waktu2 yang kena guna formal la...

nub said...

@alyaclumsy haa..kurang-kurangkan naa

nub said...

@aLieF si Muncung ManiS pukoi hang. harhar