Di suatu petang yang sejahtera...unggas-unggas bergembira, ungka jua menumpang sama manakala semut-semut sedang tertawa melihat Sameah terjatuh gerek(basikal) hingga tersembam muka. Hairan depa tengok gelagat Sameah haritu..selalunya dia kayuh gerek dengan penuh ayu lagi menggoda, tapi awat tah dia sangat sepelet dan semomoih haritu...
Begini ceritanya....
Sameah ni memang seorang gadis ayu dan cantik mempesona. Lenggang lenggok jalannya pasti menawan hati sang jejaka berminda buaya. Senyumnya manis ibarat gula. Tubuh solid bak kerengga. Dia macam ada aura tersendiri. X Factor lah lebih kurang. Dia pi market nak beli ikan orang juai ikan siap bagi ikan free. Dia nak topap 5 ringgit, abang kedai bagi free topap 50 ringgit. Memang dia sangat disenangi dan disukai.
Biasanya bila dia kayuh gerek petang-petang kat tepi bendang(sawah), pokok padi ibarat melambai mesra kepadanya. Burung burung berterbangan riang di sepanjang bendang. Petang tu dia kayuh gerek seperti biasa. Tiba-tiba di tepi bendang tu ada sekoq anjing Rotweiler sedang berehat. Muka anjing tu memang ganas dan pailang. Sameah berkata di dalam hati...
" ahh lelaki buaya ganas pun terpesona dengan ku, inikan setakat seekor anjing. takdak hal la nih.. "
Dia meneruskan kayuhan dan bila melalui hadapan anjing tu, dia melirikkan senyuman penuh manja. Namun anjing tersebut rupa-rupanya anjing gila!! Waktu Sameah melirikkan senyuman, apa yang dia nampak ialah Sameah sedang menyeringai menunjukkan taring ibarat nak membahamnya. Nama pun anjing gila kan. Fikiran dia mestilah tak waras, konsep pandangannya terbatas.
Teroiyh anjing gila tu ligan Sameah segila hati. Sameah gabra gila dan pecut basikalnya laju gila-gila. Kalau Azizulhasni tengok dia pun jadi gila. Last-last bila dah jauh anjing gila tu ketinggalan, Sameah sumpah seranah kaw-kaw gila kat anjing tu..
" eiyyy gila la anjing gila tuh. barbie gila!!! baby gila!! bab1 gila!! b*bi gila!!! " dan terus terjatuh terjolopok dan akhirnya Sameah digelakkan gila gila oleh semut-semut yang memerhatikannya. harharhar.
29 kali pukul:
ahahaa..sian sama itu sameah!
tp ia mencarut dgn pnuh sopan santun. XD
alahai sameah~~nk pancing anjing x dpt..huhuhu^__6
sameah sangat kreatif bila tiba masa untuk mencarot. muahahaha
alahaiiiiiiiii, sopan sungguh sampai base die pun sangatlah sopan
uih gila ensem anjing nih tak terpikat dek kecantikankku
wahahahaaa....
barbie gile...baby giler...bab1 giler....b*bi giler....varrrrvvviiii~
hahaha
mmg gila :D
semut pun leh gelak ? hahaha... giler lah :P
haha...jgn hang yg giler sudah naaa...
hahaha.. ceq rindu nak dngr loqlaq si sameah.. akhirnya dpt gak tahu prkmbangan si sameah nih.. huuu. kesian sameah dikejar anjing gila.. kah3... tq sameah! ilang sikit hangin ceq baca cita hang.. keh3...;p
haahah..kesian sameah...gila*
huh.mencarot yg tercanggih.haha
memang beradab si sameah tu mencarot..
hahha
adehh...
@FariehanIbrahim [LBC] kan dia ayu. kahkah
@black butterfly lpas ni kita tengok sameah pancing kambing pulak.hahah
@Anati Soki hahaha. dia mang suka kontrol ayu
@aliarosli terbakaq hati mak nak. haha
@--as-- hahahha. adeh la...
@tieha ismail ba alip ba ya betoi! haha
@Fyqa
anjing gila2. haha
@Jeely jelly gelak gila gila kot. harhar
@QamaYaya alhamdulillah bukan ceq. haha
@strawberrycincau sameah rules! hahha
@: husna : dihanjengkan anjeng gila. haha
@WAHIDA ALIAS sopan gittuw. harhar
@little cart00n boleh la belajaq nanti. haha
@eRza farEeha hadeii
Hahaha.. Sungguh sameah hebat. Anjing pon boleh diushanye.
Post a Comment