Suatu ketika dahulu, heboh seluruh negara mengenai kisah kehebatan minyak siku.
Tak main lagi dah minyak dagu mahupun minyak bulu. Minyak siku dikatakan mampu menjadikan muka seseorang itu licin berseri bersinar sekiranya disapu ke muka. Jika disapu ke kaki, akan menjadikan kaki putih gebu, Jika malam-malam sebelum tidur digunakan sebagai minyak urut, selama seminggu akan menjadi kaya-raya. Bagaimana caranya entahlah... Ramai orang tak menceritakannya kerana tak mahu minyak siku menjadi buruan orang.
Melalui cerita rahsia orang-orang tertentu, kata mereka nak mendapatkan minyak siku bukan mudah. Harus menggali kuboq. Kuboq ya bukan juboq! Kuboq tersebut pula mestilah kuboq gadis paling cantik di kampung dan gadis itu mestilah masih dara ketika mati. Kuboqnya mesti digali dan keranda perlu dibuka. Setelah itu, kain kapan terpaksa dilubangkan di bahagian siku. Bagi mendapatkan minyaknya , siku mayat dibakar menggunakan lighter jenama Cricket sahaja.
Karman merupakan seorang bujang, penganggur dan termasuk dalam kategori loser. Duit takdak lagi kan la awek..haram tak nampak bayang awek dalam hidupnya. Dia nekad untuk mencari minyak siku bagi mengubah hidupnya.
Suatu hari dia pergi ke kawasan perkuburan dan menjelajah setiap kubur yang ada. Satu persatu dibeleknya. Mulanya dia menjumpai batu nisan bertulis "Sameah bt. Samdol, gadis paling hot dan masih dara".
Dia berasa semacam, mungkin Sameah sengaja mewasiatkan batu nisannya ditulis begitu kerana memang diketahui umum takdak sapa pun yang nak kat Sameah tu. Dia meneruskan misi mencari batu nisan yang lain.
Selang 3 kubor di hadapan dia ternampak batu nisan tertulis "Haji Bakhil bin Yang Amat".
Dalam hatinya berkata... "Haa ni cantek nih. Selalu orang amek minyak siku gadis jaa. Aku amek lagi terar, minyak siku pakcik nih. Apa kisah dara ka tidak, orang jantan bukan tentu pun dara dia lagu mana.eheh. Lagipun dulu orang kata Haji Bakhil ni banyak harta. Terbaekk lah, aku memang nak kaya macam dia ni."
Dia menjalankan operasi minyak siku haji bakhil sesenyap mungkin agar tak kantoi. Lighter cricket dibawaknya 12 batang..Hasrat hatinya nak dapat banyak minyak siku. Akhirnya kira-kira pukul 4 pagi, operasinya selesai.
3 bulan kemudian ternyata hidupnya berubah. Dia kini seorang kaya, orang menggelarnya Karman The Kaya. Dia punya 5 banglo berharga 50 juta, 30 kereta Hummer, 15 jet macam dalam cerita Transformer tu, 1 Decepticon sebagai bodygurd dan 7 akaun facebook. Semuanya page ala-ala artis gitu.
Suatu malam ketika Karman sedang tidur, angin bertiup dengan kencang. Petir tak berbunyi melihatkan sinarnya di awan. Pelbagai bunyi menyeramkan kedengaran di seluruh rumah. Karman terjaga dari tidur. Tiba-tiba di jendelanya terdapat suatu lembaga menghampiri Karman. Tubuhnya berbalut kain putih, kepalanya seolah-olah diikat tali jerut.
Makin lama lembaga itu makin hampir dan tak semena-mena ia attack dan berkata...
aik awat lain jaa dari description ni..? |
Makin lama lembaga itu makin hampir dan tak semena-mena ia attack dan berkata...
"Hoii budak, baik hang pulangkan balik minyak siku aku tu. Aku ni Haji Bakhil hang tau dak? Dah le bakhil, kedekut taik idung sedap lagi. Aku nak balik minyak tu. Tak kira!"
Karman kegigilan kerana ketakutan dan berkata.. "Ala, dah mati pun nak buruk siku lagi ka? Bagi jaa lah kat aku"
"Ahhh aku tak peduli. Pasai hang la siku aku ni buruk.Yang hang pi bakaq tu pasaipa? Dahla aku ni dulu waktu hidop kedekut nak mampoih, ni dah mati tak pasai-pasai jadi buruk siku. Demmit, demmit. Eyh silap, astaghfirullah...lupa plak dah mati.."
"Bagi ja laa kat aku. Aku dah elok2 kaya nih." Karman merayu lagi.
"Tak kira aku nak jugak. Hang tunggu, hang tunggu ". Sepantas kilat Haji Bakhil meluru ke arah Karman dan menyiku-nyiku Karman menggunakan sikunya yang buruk. Sebelum blah, dia amek siku Karman dan menggantikannya dengan sikunya yang buruk. Memang buruk siku betul Haji Bakhil tu.
"Aduh...aduss...adoiii.." Karman hanya mampu mengerang kesakitan.Seminggu kemudian Karman jatuh miskin dan semua kekayaannya hilang. Kini kerjanya setiap hari ialah menyapu pelbagai jenis minyak ke siku bagi menghilangkan kehodohan siku tersebut.
Bagaimanapun beberapa hari selepas kejadian mengerikan la sangat itu, gempaq ceghita bahawa kuboq Sameah telah digali semula dan dirabak orang. Entah sapa lah yang nak sangat minyak siku si Sameah tu. Misteri betul.....
36 kali pukul:
minyak dagu.
tanak minyak siku.
nub agak-gak minyak siku hang laku dak? haha.
@Anisa Hang Tuah dagu x laku,.
@Fezatolong laa jangan gali nanti naa..haha
hahahaha... siku buruk..
pesen kedekut,sampai mati pon kdekut
sat g ang yg nak kena siku kot
pukoi hang dengan siku nak?
ada yg makan siku gak ni!
haish!
@vampire's lovex sanggup cari balik siku. alah.kena curi. takpala. haha
@tomato aumm. harhar
@delarocha bos maap bos. =)
@Elie Lily nyam nyam
seram gila kubur nama camtu :((
minyak satu!!
tapau eh.. haha
haha kretip la cita ang ni ;)
pesen kedekut ni payah la dah mati pon nak kedekut hahaha
erkk. tak penah plak aku dengar minyak siku. minyak dagu penah la.
nak kena siku? :D
takkoot la dengar cita neh..ish..
macam2 minyak ada...ahah
ahakss...cerita seram yang meruntun jiwa..aha..ahahaha..minyak siku,mujur tak minyak cinonot..
aku rekomenkan karman pakai Bio oil, mana tau siku buruk dia jadi lawa.
Haha .. serious , best !
buruk siku, tapi minyak siku tuh.. hahahhaa
mnyak dagu ada?
weh nub...Tamar jalis kim salam kat hang.Aku jumpa dia kat pasar borong ikan masin semalam.Dia baca blog hang kot...
minyak siku tu family minyak wangi ker? erk
mujarabnye nye minyak orang mati .. arwah haji bakhil lokek nak mampoi . kedekot . taik idong sedap . tangkai jering . haji bakhil ! oh ye ~ aji bakhil itu namanye . hehe
tobat ta serupe tobat arwah tu . lucu ! maceh nub =)
minyk siku tu mcm minyk lintah ke nub?
ade gk ae minyak siku ne . ishh3 mcmcm laa skrg ne =="
hoi2..tgk siku cket..haha..jom p balik upm jom!
nub...
sila masuk kontest..
di mana saya jumpa jodoh saya...
siku oh siku
best best
haju bakhil bin yang amat memang sangat kedukuit pun . dah mati pun sanggup p mintak malik minyak siku tu
hehehe
terbaek :)
lahh . minyak siku pun ade keh . haha lawak laa :p
haha nie patut jadi citer seram ke cter lucu eyh...best3 =3
hai nub.
#tumbuk hidung nub sampai berdarah.
okbai~ kihkihkih.
Post a Comment