9.8.11

Bukti cinta Karman terhadap Sameah


Suatu hari ketika Sameah dan Karman sedang bertenek di tepi tasik sebelah McD Bangi, Sameah bertanya soalan maut kepada Karman kekasihnya itu.."U kata u cintakan I an? ermm rasa-rasa apa bukti yang U cinta I sangat-sangat?". Teroiyh Karman keluh-kesah, tak tau apa nak dijawab. Dia berpikiaq seketika dan kemudian berkata.."U tunggu, esok saya bagi jawapan. Malam ni saya tulis". Maka di malam harinya, dia menulis semua bukti-bukti cinta sejatinya terhadap Sameah.




- Bukti cinta pertama saya kat awak adalah saya tak berapa gemaq sangat bila awak ajak kuaq date selalu. Ini kerana saya risaukan keselamatan awak. Bayangkan pabila kita tengah jalan-jalan berduaan, perempuan-perempuan lain tengok kita, tiba-tiba...

Girl 1  :  arghh.chellaka! mamat hensem tu patutnya aku yang punya
Girl 2  :  cakap biaq lawa sikit. dia patutnya aku yang punya. aku yang cayaq dulu tengok dia
Girl 1  :  cis. patutnya aku yang rampas dia, bukan kau. hyahh! tebush tebush *bunyi dia menampaq Girl 2
Girl 2  :  Nakharun. aku lagi layak mendapatkan cintanya. tegup debush debush *membalas pukulan Girl 1

Setelah sejam bergomol..

Girl 1 :  ni semua awek dia tu punya pasai. mamat hensem tu selayaknya untuk kita, jom kita pi debik dia.
Girl 2 :  jom!!

Haa itulah buktinya, kerana risaukan awak kena ghimbok dengan mereka dan taknak bagi mereka kecewa, tu la pasai saya jarang kuaq date dengan awak.




- Tapi selalunya awak rengek-rengek manja ajak kuaq jugak, maka saya turutkan ajalah. Lagipun saya kuat, boleh jaga awak daripada gegirl di atas tu.hehhe. Bila kita date, sebenaqnya saya ada membuktikan bahawa saya cinta gila-gila kat awak. Selalu saya suruh awak makan kat rumah jaa sebelum kita kuaq an. Bukan bermakna kedekut, saya sebenaqnya nak awak sihat sentiasa. Makan masakan mak awak kan bagus, tak tercemaq. Makan kat kedai, Ajinomoto depa boh berkilo-kilo oo. Lagipun nanti kalau badan awak naik, awak kata saya taknak kat awak pulak. Awak tengok jaa, biaq saya sorang yang makan. hehhe

Gila-gila punya saya cintakan awak an..ish ish mana nak dapat laki macam ni zaman laa ni. Yang ada bersepah tu semua tak prihatin terhadap kesihatan awek masing-masing.





- Lepas ni saya ingat nak bawak awak pi tengok wayang pulak la. Tak pernah lagi kita tengok wayang an. Kerana saya cintakan awak kaw-kaw punya, saya akan beli tiket wayang cerita yang awak suka. Takpa saya belanja. Awak suka tengok cerita cinta an? Saya belanja awak pi tengok cerita cinta, saya pulak pi tengok cerita action. Iyalah..seorang lelaki kena la ikutkan kehendak wanita yang disayanginya. ehehe





- Saya ada terpikiaq jugak taw, nanti saya rasa nak try kapel dengan perempuan lain jugak la. Untuk membuktikan bahawa saya cinta awak teramat sangat, saya akan kapel dengan depa kemudian saya mintak putus la. Tengok, sanggup saya putus dengan depa kerana awak. Ini akan membuatkan tahap sayang awak kat saya meningkat berjuta kali ganda. woohooo!





- Dan last sekali bukti cinta saya terhadap awak ialah nanti bila kita dah kawen, saya akan kawen lagi sampai 4. Saya kesian nanti dengan saya awak takdak teman nak gurlish talk. Saya kan lelaki. Mana pandai benda cenggitu. Bila ada bini-bini lain bolehla depa teman awak borak-borak luahkan perasaan ka, nak ajak teman pi shopping pun boleh. Oh sememangnya saya cinta awak gila babeng lah. Tak ternafi dek akalmu!







Maka pabila selesai menulis semua bukti cintanya, Karman tak sabaq-sabaq lagi menanti hari esok. Dia yakin Sameah akan menangis terharu kerana dia telah membuktikan cintanya yang agung yang dan tak mungkin diberikan olah lelaki lain. Wooohooo! jerit Karman dalam hatinya. harharhar


23 kali pukul:

Alip Apai said...

ak pun yakin Sameah sure 'menangis terharu' gila babi..

hahahaha..

tiap kali baca entry ang mesti sakit perut..hahaha

PEAH said...

adakah karaman seperti arman*sekali lagi yg kena barah otak?? =p

♥NuR SyAFiQah♥ said...

hahaha sure meah bagi penampaq sebijik..haha

--as-- said...

yaaa...mau pakwe macam karman...

hazaikazulkafli said...

memang gila vabeng punya terharu biru la sameah kalau cetu..

ILA HonEyBuNNy said...

arghhhh...

bukan sameah ja jadi gila lau baca surat cmne...aku pun leh jatuh pengsan...ehhe

sampai hati u tulis gini bukti sayang..ahahh...kesian sameah tu...nasib la..bermadu la ko sameah...ahhah..

yang nak tergelak nak kapel ramai2 lak tu then putus...ehheh

nub said...

@Alip Apai aku xsure apa jadi kat dia..

nub said...

peah : hahha. agaknya

piqah : yaa ka??

as : harhar.tarahal

kodokecik : wohhooo

ila : ai, nak join ka? harhar

iman said...

nub..hang ka yg watak karman tu? Haha..sohih dah hang..haha..

Siti Mashitah Saidin said...

aku rasa alasan nak kawen 4 tuh, macm nak tumbuk ja...

grrrrrr...hahaha

mierassayunk said...

hope ada sambungan.. apa la jd kat sameah agaknya.. haha

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

Kah kah kah untung gila no c sameah bub ada laki jujur cam karman klu kna kat cek mlambung c karman hahaha..

gadis kepastian said...

haha aq yakin y sameah akan terharu sambil pukul2 perot karman punya....

syrupmasin said...

sameahh :D

matahari said...

mesti semah terharu sgt2...sampai bawak diri ke japan....hahahahahahah!

nabila izyani said...

memang sameah menangis terharu dan terus terjun tasik bangi tu..haha

Umie Artoqiemie said...

aku pasti sameah tu meloncat pas baca ni nanti. meloncat la sangat an. HAHA.

diskopi said...

Mohon singgah untuk menyampaikan berita baik!

Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi super kool edisi terhad + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!

Kalau anda berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, check it out - butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini kat:

http://diskopi.wordpress.com

Anda boleh juga download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini dalam jpeg file dan meletakkannya kat blog, website atau facebook anda supaya kawan-kawan anda yang lain juga tahu tentang peluang baik ini.

Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan anda yang kat online mahu pun offline.

Terima kaseh.

qlah said...

makin lama cerita ni makin menarik lar.. hehe . hope happy ending ;D

*SALAM RAMADHAN NUB ~ *pose jgn tak pose :P

bedpet said...

aku harap si meah tu bahagia hingga akhir hayat. haha

NOOR FATIN said...

banyak cabaran kalau dapat pakwe ensem. hahah

lavender harum wangi said...

aku nak Karman ni. dia ni memang rare. bagi kat aku. Sameah tu boleh blah~

soe hawani said...

hahah... ade bkt jd novelist neh...