5.8.11

Dasar belen!!


"Ahhh. dasar belen!!"

Jerit sang jejaka, Karman kepada kekasihnya Sameah. Sameah berteriak teresak pilu. Hatinya terguris pedih dek kerana kata keramat lelaki yang memadu kasih dengannya itu. Dia kebingungan. Tak pernah Karman menyeringai sebegini. Dalam esak sendunya Sameah bertanya.. "Mengapa tiba-tiba kanda bersikap kasar begini kepada dinda?"


Karman  :  Caitt, tak payah nak kanda dinda nak mengajuk dialog filem Kongsi. Filem tu ceroyyy

Sameah  :  Tapi...kenape?kenape???

Karman  :  Hish. kenape,kenape. Toksah nak cakap Keyyel dengan aku, mak hang beranak tang mana?

Sameah  :  Nibong Tebell

Karman  :  Ahh sudah.sudah! Aku meluat dengan segala dialog Kongsi hang ni. Dulu zaman aku buta cintakan hang, aku layan la jugak walaupun dalam hati ni geli-geleman tak terhingga. Laa ni tak berguna segala cinta. Dasar belen!!




Sameah teriak lagi teresak-esak. Dia tak menyangka Karman sekejam itu. Di-belen-kan Sameah sewenang-wenangnya, sesedap pulut durian jaa. Sameah bertanya lagi mahukan kepastian.."Ape sebenarnye yang u katekan ni? I tak memahami lagi"



Karman  :  Dejjeyy aiyh hang ni dok cakap pelet pulak. Geli hang tau dak? Bernanah telinga aku dengaq.


Sameah  :  Huhuuu..sob sob..srott srott(sedut hingus). Dulu kemain lagi hang cakap Keyyel time mengayat ceq. Besemboq-semboq ayaq liyoq dok I lep you,you lep me back. Laa ni baru kuaq segala siong naa. Ni awatnya yang merampuih sangat kat ceq ni? Ape salah ceq?


Karman  :  Ahh usah hang berpura-pura lagi. Kemarin time aku mai rumah hang nak bawak hang pi merendek kat bazar ramadan, sebelum aku bagi salam ketuk pintu, aku dah dengaq segala kemaksiatan dan kecurangan hang selama ini.

Sameah  :  Hah. Apa yang hang dengaq?




Mulanya Karman tak mahu mengungkit lagi apa yang didengarnya hari itu kerana dia mahu terus melupakan Sameah. Namun dek kerana geram teramat, dia hamburkan jua.




Karman  :  Aku dengaq hang kata lagu ni.."Baby,baby jangan cedey-cedey ye. Nanti baik la luka tu. Meh I bubuh ubat. Nanti jap lagi I mandikan eyh. Muuaaahhh". Haa tu yang aku dengaq. Dejjeyy hang ber-baby dengan jantan lain. Siap comolot lagi. Tak ku sangka hang ni belen.


Sameah  :  Oi Karman oii, hang lain kali nak menuduh buat la kajian dulu. Setiap saat dok main fb, stalk la sikit facebook ceq, ni dok stalk page Lisa Surihani jaa keja. Tu pasai la. Baby tu kucing ceq laa oi. Ni tengok ni kaki dia luka kena duri buah durian. Eiyhh penat2 orang upload pic dalam fb, blog, siap tweet lagi tapi haram tak tengok.



Karman  :  Alamak, maknanya hang tak buat maksiat la time tu? Baby tu ropanya si kucing ni..?

Sameah  :  Iya la.


Karman  :  Errr...errr....sory le dinder, kander salah sangka jer. Jangan le mare. eheh


Sameah  :  Ni pasaipa dok cakap Keyyel dengan aku ni?


Karman  :  Huu..Tak baik tau dinder balas dendam dengan kander. Ok ok, janji dah lepas ni tak panggil belen lagi. Gini lah, lepas ni dinder jangan bela Baby lagi, bela babun ja. Baru la tak syak wasangka. harharhar







notabukansebarang : Belen dalam bahasa anak muda Kedah ialah cikaro/perempuan jalang/perempuan yang suka buat maksiat.


*toksah la mem-belen-kan orang dan toksah jugak jadi belen   =)


21 kali pukul:

Anonymous said...

1st!! haha.. macam berebut komen kat Oh!Media pulak...

Baru aku tahu belen tu apa.. puas aku berteka-teki sepanjang pembacaan...

Unknown said...

hahha. dem. ingat melingkop dah tadi.

hang baik2, sapa belen belen tu jangan dok layan

vampire's lovex said...

kesian sameahhh ..nak kena betoii si kanda dia tu,,pesen otak letak kat lutut... hahaha sedap2 je membelenkan org.. haha

wawa said...

hahaha..tak pasai2 kena.

aRaN said...

hahahaha dasar itik hang ni Nub!!!!

ewanthology said...

tu la... main serkap jarang je

beloghakimy said...

hahaha.. rasa nak berbuka aku baca entri ang ni.. ahahaha

Nurul Shaheedah said...

cis nub. ingatkan belen tu besen ka apa ka. cikaro rupanya. nub, ce cakap keyyel sikit. ekekeke

husnaradzi said...

ceraikan jeh si karman tu sameah !

aku tao mkna belen time aku dok kolej. cuma aku tak paham belen tu sebenar2nya maksud apa . hari tuh kawan aku dah gitao tapi lupa . kehkeh

bLaCk | maWaR said...

belen cuti bulan2 posa neyh..^^

ILA HonEyBuNNy said...

haha....

baru tau belen tu org kedah rupanya panggil....dulu dk dgr org cakap ja..xtau gapo..ihiihi

cilla ghazali said...

hahaha. terbaek. belen :P

Mek Nab said...

kahkahkah cuci pewot aku bln posa ne bca entry hang ne hahahah..
terbaek giler (ayat keyyel) :D

A retarded kitty said...

dekat sekolah saya ramai belen tau!

lagi hot dari yang dekat lorong haji taib tu..

*ciao

matahari said...

la....lagu tuu nowh.hhaha best!

alfsfr.ali said...

mantop..hahaha

weh ang boleh wat novel la..tajuk 'Jangan Percaya Belen'..

hahahahahaha..

EzayHadry said...

hahaaha 1st time dgr pkataan belen ni

stalk page Lisa je keje Karman...

TravelWithMillo said...

bguih ank mama nih... jgn bg mama menantu belen na..rosak talian kekeluargaan kita

ira said...

kosa kata loghta utara hari ni belajar maksud belen..

aku ingat belen tu lebihan..

farhan said...

belen tu bkn nama hantu ke..

Aween Md Zahir said...

asek dok gado jaa,,cmna nk harmoni nih ?? haha