21.8.11

pau Bedah! pau Bedah!

Di hujung Kampung Meloqlaqpongpang, terletaknya Warung Pak Man Telo yang sangat terkenal. Pak Man Telo tak terkenal pun, warung dia jaa. Ini kerana di warungnya terdapatnya aktiviti penjualan pau yang dijalankan oleh anak angkatnya, seorang gadis sunti bernama Bedah.

Bedah..seorang gadis comel manis, bodyshape berkerengga, kulit putih gebu, berlesung pipit senyuman cantik kalah Lisa Surihani. Setiap hari dia akan menjual pau nya di Warung Pak Man Telo dengan mengenakan kebaya serta tak pernah lekang melirik senyuman manja kepada semua pelanggan yang datang. Bila ada pelanggan yang singgah ke warung, dia akan menyapa mereka dengan panggilan "Abang, pau Bedah..pau Bedah..sedap bang.." Perhh siapa boleh tahan oo disapa sedemikian.


Bukan saja kerana dia lawa pau buatannnya digemari, malahan memang rasanya tak dapat dibandingi. Bagi pi la pau Sameah ka, Jenab ka, Fasha Sandha ka...semuanya tak dapat mengalahkan pau Bedah. Ia sangat lembut, gebu, ranum, intinya penuh dan berjenis-jenis. Nak yang kecik, besaq, bujoq, bulat habaq jaa semua ada.



Karman, seorang jejaka biasa-biasa saja di dalam kampung itu merupakan salah seorang peminat fanatik Pau Bedah. Dia selalu mengimpikan dapat menyunting Bedah menjadi isterinya. Malangnya, semua orang sedia maklum Bedah pasti menolak mentah-mentah pinangan mereka. Tak hairanlah kalau dia jual mahal, memang dia mahal.



Seperti biasa suatu hari Karman pi ke Warung Pak Man Telo dan duduk di meja yang berhadapan dengan tempat Bedah meletakkan pau-pau nya. Ini kerana di situ dia boleh melihat Bedah sedekat yang mungkin. Dalam lamunannya terbayangkan tubuh montok Bedah sedang berlingguk-lingguk berjalan melayan pelanggan. Tiba-tiba dia disapa...



"Bang Karman, menung apa tu jauh-jauh sangat? Ingat awek la tu" tanya Bedah.

"err.eheh. Takdelah, teringat ayam itik di rumah jaa. Abang mana la ada awek. Awek yang abang suka tak mungkin abang boleh dapat. hmm..beginilah nasib orang tak kacak duit tak banyak"

"Alah bang, bukan semua perempuan pandang duit dengan rupa saja bang. Kenalah berani, jadi gila-gila sikit. Baru namanya lelaki bang, saya suka yang macam tu..aummm"


"eheh betul jugak tu kan"


"Ni abang nak pau apa harini? biar Bedah ambilkan"


"Macam biasa le Cik Bedah, pau istimewa abang yang selalu abang makan tu"


"Orait bang. Siap"



Karman terus mengushar Bedah tanpa sekali pejam pun sepanjang dia berada di warung haritu. Hatinya berbunga semekar bunga harum mekar malam. Dia berasa ada bernasnya apa yang dikatakan Bedah.
Kena berani! Perlu gila-gila barulah namanya lelaki!


Maka setelah difikir dalam-dalam, dia nekad untuk mengintai Bedah malam tu. Dia perlu jadi gila-gila. Memang sudah lama dia dimotivasikan untuk menjadi gila-gila, kerana sememangnya dia tergila-gilakan Bedah.


Secara senyapnya dia dia pi ke kawasan belakang rumah Pak Man Telo untuk mengintai Bedah. Dia ingin menatap kecantikan Bedah yang tak mungkin dapat dilihat oleh orang lain. Dari satu lubang yang terdapat di celahan kayu dinding rumah itu, dia berjaya melihat dan mendengar dengan jelas apa yang berlaku di dalam rumah.



"Pak, cukuplah tu. Sampai bila lagi, saya dah tak tahan ni"

"Ahh. Kau jangan mengada-ngada. Ikut saja apa yang aku suruh"


"Tapi pak, makin lama makin bahaya ni. Sudah ramai orang tergila-gilakan saya"


"Itu yang aku mau! Sebab depa tergilakan kau, kedai aku menjadi terkenal. Aku kini semakin kaya, hari demi hari. Kau kena teruskan. Jangan kau lupa, kau terhutang budi dengan aku. Jika aku tak mengambil kau menjadi anak angkat, kau takkan hidup senang"




"Ish..uhuuu. sabar jelah. Dahla, penat bertekak dengan bapak ni. Buat ceq nak terkencing jaa"


"Dah, pi toilet tu cepat sikit. Satgi banyak lagi pau nak kena buat ni"




Bedah segera bergerak pergi ke tandas di bahagian hujung rumah. Karman pun mengambil langkah dengan cepat bergerak ke bahagian luar rumah berhadapan dengan tandas. Tengah dok khusyuk mencari celahan lubang untuk mengintai, tiba-tiba terdengar suara Bedah...




"Arghhh. Sedapnya dapat kencing berdiri nih. Punya seksa tiap-tiap hari kena pakai kebaya ketat jalan kepit-kepit. Habis senak "adik" aku tersepit dalam kain. Celaka punya bapak angkat, suruh aku jadi betina nak bagi laris warung dia. haiyshhh"







Karman hanya menganga sepanjang perjalanan pulang dan cuma mampu berkata dalam hati..
"Teloq busuk punya Pak Man Telo. Ciss. Bedah konon.. Bedebah ada laa"



16 kali pukul:

aliarosli said...

cet, asam tol

hahahhahhaha, boleh pulak camtue

oi bedah oi, kencing berdiri tue haram oi

Umie Nadhirah said...

bedah gila hahaha..

ewanthology said...

keh keh keh... pelaris palsu rupanya.

alfsfr.ali said...

nama betul dia badul la..

dia tipu letak nama bedah..

ish3..

Unknown said...

alia : geng hang la tu.harhar

umie : =)

delarocha : terkena bro terkena.harhar

alip : aiyk, lagu ngan kenai jaa? ada pa2 ka? haha

ira said...

dari awal aku baca aku try teka apa pulak yang aku terkena hari ni..

mmg terkena, hahaha...

wawa meiko said...

Cettttttttt . siot betol , aku tertipu . baru nak komen jgn wat entry lucah . Haha

lavender harum wangi said...

yucks~ kesian adik bedah. kahkahkah

WAHIDA ALIAS said...

kuang asam betol..ekeke

Anonymous said...

phewww.
mcm2 betul.
haha

Khuzrin Kamarudin said...

Paka man telo ni betul2 takde telo laaa... (-_-")

tieha ismail said...

atoiiii gelak guling-guling nieyh

Unknown said...

ceh.. pnt je bca dr awl ..
hahaha tipah tertipu tol..

Unknown said...

ira-y : terkenaa.kehkeh

wawa : alah nyampah

lavender : k

wahida : kuang3

silah : harhar

kk : betoi2 tak berteloq dia tu.

tieha : hye. haha

sleeping : =)

Mek Nab said...

Kah kah kah tipah ttipu hohoho..

nurkaloi said...

hahah bedah tertipu bang
eghhhh
ye ye ye jerk aku bace