16.9.11

Resurrectionist Malam Malaysia

Armano,
seorang lelaki anak Malaysia yang tidak senasib seperti Malaysian yang lain. Dia dilahirkan tiada mengenal ibu dan bapa. Dalam tandas dia mula melihat dunia. Di sebelah longgokan sampah dia ditinggalkan menangis keseorangan. Dikacau anjing liar setiap hari, hampir saja dia mati tanpa punya nama sendiri. Setelah 3 hari digelumangi sampah, dia diambil sindiket penjualan bayi dan dijual kepada sepasang suami isteri orang Eropah. Disana lah dia dibesarkan.


Ibu-bapanya merupakan taikun besar penjualan mayat di seluruh dunia.


Sejak kecil, Karman telah diajar pelbagai kemahiran mengenai pencurian mayat. Bagaimana mengenal kubur baru, mengorek tanah kubur, memecahkan keranda, mengambil mayat dan membersihkan semula kubur sehingga tiada meninggalkan kesan walau sekecil zarah sekalipun.


Pencuri-pencuri mayat digelar resurrectionist. Di setiap pelusuk dunia, wujud resurrectionist yang langsung tidak diketahui oleh orang-orang biasa. Tak mengenal budaya dan kepercayaan agama, resurrectionist pasti ada. Ramai menyangka mayat orang tersayang yang mati akan tenang pabila ditanam dan mereka selalu datang memberi penghormatan kepada si mati. Malangnya, tanpa diketahui kubur yang dilawat itu sudah tidak berpenghuni lagi. Si mati dicuri oleh resurrectionist hampir setiap hari. Mereka tak ber-identiti, tak langsung dikenali.


Ibubapa Armano menjadikan kegiatan pencurian mayat sebagai bisnes tetap mereka. Mayat dicuri dan dibekalkan untuk pelbagai tujuan. Sihir, sembahan syaitan, pemakan daging manusia dan tak ketinggalan untuk tujuan penyelidikan perubatan. Armano merupakan resurrectionist terbaik yang dimiliki mereka. Mungkin juga yang paling hebat di dunia ini.


Dia sudah mencuri mayat di merata negara. Langsung tak punyai rasa gentar, takut, bimbang dan kasihan pabila melihat keadaan mayat yang dicuri. Hatinya mati, tiada erti perikemanusiaan lagi.



Suatu hati, dia mendapat misi. Ayahnya mahu dia ke Malaysia untuk mencuri mayat di sana. Kata ayahnya, misi kali ini misi berbeza. Mayat yang perlu dicuri ialah mayat segar bukan dari kubur yang sempurna. Tarikh mengumpul mayat ialah sepanjang 16 September. Dia menurut saja tanpa banyak tanya apa rasionalnya.




Maka, bermula detik 12 malam dia menjalankan kerja nya. Di belakang sebuah bangunan tinggal di Kuala Lumpur, dicuri mayat seorang lelaki yang badannya penuh luka. Kepalanya berdarah seperti ada kesan hentakan kuat. Tak ditanam, cuma dihumban dan dibalut bendera Malaysia. Dalam amatannya, lelaki ini dibelasah dengan teruk. Mungkin 20 bantai 1. 




Kemudian di belakang semak di tepi highway, dicurinya mayat seorang lelaki yang bertopi keledar berjaket hitam. Mulutnya berdarah teruk. Seluruh badan penuh dengan kesan geseran di jalan. Kelihatannya mayat ini cuma dibiar begitu saja selepas sah dia tidak lagi bernyawa.




Di kawasan kampung sekitar ladang kelapa sawit, dicurinya mayat seorang wanita remaja yang baru saja mati. Ditanam tak begitu dalam, bogel tanpa pakaian dan kelihatan kemaluannya merah membengkak. Mukanya lebam badannya luka sini sana. Katanya dalam hati, sah gadis ini diperkosa dengan penuh seksa.




Diteruskan kerjanya mengumpul mayat di merata-rata tempat. Sekitar jam 6 pagi, dia menghabiskan mencuri mayat yang terakhir di pesisiran sebuah pantai. Seorang gadis muda berambut perang mulut berbau arak yang sangat kuat. Tak berpakaian cuma ada serpihan tajam botol arak tertusuk memburaikan perut. 



Sebelum pulang ke hotel untuk berehat, Armano melihat susunan mayat yang memenuhi bahagian belakang Pajero, dia berkata dalam hati....



"Heh. patutlah ayah suruh curi time sepanjang 16 September, memang banyak mayat segar yang mudah dicuri. Tak payah susah-susah menggali. Katanya hari ini Hari Malaysia. Patutkah aku kesedihan kerana ini negara tempat aku dilahirkan? Ahh! tak payah nak feeling-feeling sangatlah. Sejarah diri sendiri dah membuktikan.




Selamat Hari Malaysia, Terima Kasih Malaysia"




39 kali pukul:

mizah salleh said...

hmm....xtau nak komen apa bila baca.....huhuhu...

ZWAN SABRI said...

Hurrmmm, Hari Malaysia patutnya kita bangga dengan kejayaan negara kita tapi sambutan ni nampaknya macam satu malapetaka plak untuk negara kita.. HUHU


MySuaraBlog: Bersin OK, Menguap K.O?

ewanthology said...

korban malam 16 sept.

Unknown said...

amy amiza : oit, nama baru naa..

zwan sabri : harhar "sambutan meriah"

delaroc : dibahagi kepada rakyat ketujuh-tujuh bahagian. =)

Anisa Hang Tuah said...

salam 1 malaysia.

bangga jadi wakyat malaysia.

yeay

cik ciput said...

uish..menakutkan aih armano nih..pandai plak dia cri mayat..ada sensor ka hapa..

anamizu said...

idea mahai ni nub..
buat filem jom!
konfem kalah ahmad idham! :P

salam 1 malaysia :)

Primadona said...

Sadis bila baca bahagian intro.Suka entri ni.Idea memang mahal la.Lama tak update jgk hang bertapa ka? Selamat Hari Malaysia Nub ;)

cik najah said...

sedih . #sentap nih .

p/s: pinjamkan qlah tisu .

Anonymous said...

fuhh! sentap la. sedih jugak terkenangkan negara kita yang makin maju nie tapi jenayah pun turut sama maju. hmm.. rungsing~

mieraamira said...

this best bro ^_^ slmat hari Malaysia ..

Azyan said...

fuhh entri nub ada makna tuu
selamat hari malaysia nub.harini nak jadi baek,takmau pukui

Anonymous said...

amboii armano.. mcm bahagia jak!slmt hri malaysia bro!

Unknown said...

perghh nma armano.. xleh blah haha..


teruknya mti terburai isi perut..

miss Fyqa said...

hishh. Tak terkata .

Apa pun Selamat Hari Malaysia Nub :)

Anonymous said...

Nub... izinkan aku berguru dengan kau.. apa jua rintangan.. apa jua syarat... berapa banyak yuran pun. aku akan timbangkan..

Please.. cemburu membuak-buak... (-_-")

Mek Nab said...

Pnuh makne ayat ko ne nub...

blog-tips-kurus said...

3 hari Armano boleh survive masa bayi dulu..

GamUHU said...

aku tamau pukui. tapi terpaksa la. dah ada 'pukui' ja.

Rara. said...

mayat no2 tu mat rempit kan? hohoho. sadis betoi malam 16september nie.

Taufiq Tiramisu said...

huhuhuhu. asal hari hari kebangsaan macam ni je mesti ada benda macam tu. hihihi. malaysia oh malaysia

Unknown said...

@cik ciput hihik. jangan tanya ceq, ceq taktauu

Unknown said...

selamat hari malaysia (Armano,2011)

wawa meiko said...

Hmm , aku tak tau nk komen apa der . mungkin aku tak paham dengan entry kau . ish ish . alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D

wawa meiko said...

Hmm , aku tak tau nk komen apa der . mungkin aku tak paham dengan entry kau . ish ish . alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D

Abu Bagi said...

seramnya pekerjaan dia..huhuhu

Aleen Aiden said...

cerita kau sume nak horror2 je kan?da knape?hahah

anamizu said...

wei ni jirang hang mai lagi nih..
update wehhh update! kehkehkeh

Umie Nadhirah said...

ape ni mayat2. kubur2.. x suke, x suke.. selamat hari malaysia =)

alfsfr.ali said...

weh lama x masuk blog ko. busy baru masuk sem baru. haha.

*kenapa aku bagitau kat ang?*

tp aku x paham sgt entry ni. mgkn sebab aku kurang ikut politik dan sejarah malaysia.

*melayu pemalas utk diri sendiri*

alfsfr.ali said...

weh lama x masuk blog ko. busy baru masuk sem baru. haha.

*kenapa aku bagitau kat ang?*

tp aku x paham sgt entry ni. mgkn sebab aku kurang ikut politik dan sejarah malaysia.

*melayu pemalas utk diri sendiri*

Unknown said...

aleen : alah tu pun tok leh. kihkih

wawa: aku pon c berapa paham sgt pun.harhar

alip : hihi. xda lah politik pun

Unknown said...

@anamizu adeh. kesibukan menyerang. hehe

Unknown said...

@Miss Dolce and Gabbanahahaha. x bertapa lah. biasalah.. aku bukan blogger. kat luaq x mengaku pun blogger. kihkih

Unknown said...

@♥tiehanurfatiha♥◕ ‿‿ ◕♥ sambutan2 menjadi medium yang disalahgunakan

Unknown said...

@GamUHUhhaha. kena pukui jugak naa

Unamn said...

bila bce ni .. una fhmm sbnrnya una sendiri xbrape suke tgok hri kmdekaan ke new years ke dimsmbut mcm ni.. sbb mcm x bermoral je.. una xpnh smbut new years kat dtaran ke .. ke mana.. lebih bagus duduk rumah..:)

Fathiah Hamim said...

fuhh mendalam laa. orang malaysia neh pantang ada hari cuti, joli je keje

husnaradzi said...

dasat armano nih .
slamat hari malaysia . kbai .

sambut raya lagi best ,