15.9.11
Soal Hak dan Pemilikan
Dalam kehidupan, manusia menggunakan Hak dan Pemilikan sebagai senjata yang sangat hebat dan ampuh. Bila apa-apa berlaku, hak dijadikan benteng paling kukuh untuk membidas fakta, hakikat dan kebenaran yang lain. Tapi nyatanya ramai yang tak sedar Hak dan Pemilikan bukanlah benar-benar sesuatu yang kita punyai.
"hang pasaipa mintak putus dengan aku, hang tak berhak buat wanita macam ni"
"awat abang kahwin lain, mana hak saya sebagai orang yang dicintai sehidup semati?"
"eyhh, suka hati aku lah nak pakai tudung ka tidak, nak seksi-seksi ka. Hak aku! kubur masing-masing ok"
"eyh, dia balak i okeh. u takda hak nak jeling-jeling dia"
Sebelum apa-apa, cuba fikirkan mengenai pernyataan ini :
Orang yang kita sayang bukan hak kita. Ibu bapak, adik-adik, kawan, orang istimewa semua bukan hak kita. Bila kekasih tinggalkan kita, bukan hak kita nak claim dia tu kita punya. Sedih bagai nak gila. Bila ALLAH tarik nyawa orang yang rapat dengan kita, dia bukan hak kita untuk kita terus meratap kesedihan tak dapat terima kenyataan.
Orang yang kita benci juga bukan hak kita. Bukan hak kita nak buat jahat kat dia, nak pekena dia atau mungkin sampai tahap nak bunuh dia.
Dan sebenaqnya diri kita juga bukan milik kita. Semua milik ALLAH. Kita cuma dipinjamkan dengan segala apa yang ada dalam hidup kita.
Tapi kemudiannya ada pula yang menyalahgunakan hujah Hak dan Pemilikan untuk sesuatu yang tidak baik. Contohnya :
Lelaki yang nak kahwin banyak kata kat bini dia..
"sayang... anak-anak kita bukan milik sayang, bukan milik abang, abang pun bukan milik sayang, milik ALLAH.. so sayang tak boleh la halang abang nak kahwin lain kan..eheee"
dibalas bini dia...
"iyalah tu bang, dalam sungguh pemahaman abang pasal hak ni kan. kalau lah saya ni ada hak, memang saya kerat-kerat jaa aiskrim abang tu"
harhar
Soal Hak dan Pemilikan ni sebenarnya sangat luas. Dalam setiap aspek ada melibatkan hak. Hak diri sendiri, hak orang lain, hak yang dikongsi bersama. Dari hal yang besaq sampailah ke benda-benda kecik contohnya blog. Seperti kata ramai orang... "blog aku, hak aku lah".
Ada yang faham, ada yang tidak. Ada yang tahu guna, ada yang menyalahguna. Rasanya ALLAH sangat pemurah dengan memberi otak, akal dan fikiran buat manusia untuk menimbang tara apa yang patut dilakukan terhadap hak-hak yang dipinjamkan kepada kita di atas dunia ni =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 kali pukul:
ouch! sungguh mendalam maksud kau tu.Kena batang hidung aku sendiri plk.Well rasa mcm dah lama aku tak drop comment kat sinikan nub? :))
bila abang noob sudah bersuara.hebat ang noob.Kehkeh
aku dah tunaikan hak aku kat kau iaitu menulis comment ini.
err ni hak ke?tepuk dada tanya selera.sekian dari robot comel yang ngetop!
antara hak dan batil, ada garisan halus yg memisahkannya. kena pandai beza.
Pap pap pap....
tepukan gemuruh utk ang nub...
pergh!!tak sangka ko tulis. haha
hak milik kekal adalah tajuk lagu. ehe
bila nub kembali bersuara, hee. :)
aku suke dialog isteri balas stemen si suami tu.hahah
amboiiiiiiii...
abg nub pulangkan balik komik yang abg pinjam dua thun lepas..tu bukan hak abg kan.
hahhaha mcm tu ka?
nub osem entri ni. komen aku ni pon bukan hak ko.
hakhakhakhak~ :D
laki nih kalo nk kwen len, ad j alsn nye.. grrrr hahahah
sobssss... sentap... hahaha...
ya ya paham dah pasai hak... share pakwe jom..hoho. :P
hohoo! best entri neh! eheh! :)
eskem? hahaha lu bagos. selitkan humor dalam pengajaran
kau tau kenapa aku rarely komen entri kau?
sebab
dah banyak orang komen so aku malas la nak komen
p/s: itu hak aku. kan?
baguih nub..satu perkongsian yg bijak..
hahaaahaha tergelak sorg2....hehhe entry yang menarik..lh suggest kat kwn2..heehehe
hahaha suka ayat lelaki yg nak kawin banyak tu..nice..
@Miss Dolce and Gabbana be strong pasai kawan hang tu
@A retarded kitty yep. betul. tu hak yang dimiliki semua blogger
aleen,sleeping maniac, abu :
kalu da gatai tu gatai jugak an. harhar
@Rara. harhar.betoi2. pndai hang
*terpaku*
hahaha. boleh je guna ayat tu nak kawen lain. mesti bini akus setuju. kah3.
hahahah..pandai kau kan menggunekan pemahaman hak utk kawen lain.chehh...podahhh..lelakii.pffttttt.xpena cukup dengan 1..pffttt.
@Miss Dolce and Gabbana tacing sat dengan hanbg. hehek
@miratun madihah sekarang hak hang dibalas dengan hak aku mengomen. yep, hak setiap oranng nak drop komen atau tidak =)
@Taufiq Tiramisu hihihi. try la kalu berani habes nak kena potong aiskrim. hahah
@Sarah Mohd Saleh hihi. kasi potong dia punya aiskrim
betul.. lagi satu jodoh tu rahsia ALLAh :)
Post a Comment