12.11.12

soalan bangang



terjumpa ini,


1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA ;
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.


2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR ;
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa bodo.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop !

5) ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL ;
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade , aku jatuh dalam lubang jamban tadi !

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI KEJE ;
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih !

7) KAU KAT DALAM TOILET , PINTU BERKUNCI , ADA ORANG KETUK PINTU ;
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap ni






Aku tak merasa soalan-soalan spesies ini kategorinya bangang. Inilah namanya bertegur sapa klasik orang Melayu. Mungkin juga orang Malaysia dan mungkin juga seluruh rakyat dunia. Ia memulakan interaksi, ya selepas salam semestinya. Aku anggap ini sebagai nilai murni yang diamal orang-orang biasa seperti aku. Mungkin bangang buat orang yang diajukan soalan berkenaan, itu pun jika orang itu sedang stres terlampau dan tak suka beramah mesra.


Kat "Greece" nu, waktu nak pi semayang jumaat sedang naik motor tu selalu jaa aku sapa pakcik yang naik motor sebelah  "p semayang jumaat ka pakcik?". Waktu dia park selipar dia... "parking selipar ka pakcik? nak lagi elok pakcik kalih selipar tu satni abeh semayang tak hangat".  Waktu dia nak amek wuduk... "berwuduk ka pakcik?". Waktu nak balik jumpa lagi... "haa tengok yang hangat tapak selipar tu kan. erm pakcik ada anak pompuan dak pakcik?"

eheh. ehe 



Nampak orang junjung beg berat-berat hujung semester aku tanya jaa "balik kampung ka kaklong?". Depa tak pernah jawab pon. Biasalah perempuan, sikit-sikit ingat orang nak mengorat. Perasan.


Waktu nak makan, makanan aku jaa yang sampai mememba lambat lagi... "wei makan wei". Padahal aku punya makanan ya dak. 


Itulah adab. Zaman berzaman diajar generasi atas kita. Sampai ke zaman kita dikiranya bangang. Ikut lah lain zaman lain caranya. Tak hairan lah jiran sebelah rumah pun tak kenal siapa....






"Kak Limah oiii..tak tengok akademi fantasia ke? ehee... takkan tak nak tengok AC Mizal kot...."

















19 kali pukul:

Wadi AR said...

tipikal meleis

jeely jelly said...

hahaha ! setiap baris baca, tiap tu jugak lah gelak :D eceh ! perempuan jelah perasan. haha

ewanthology said...

Wei nub, hang update blog ka???


:-)

Alya Haduri said...

hahahaha, number 7 tak boleh blah
buat suara kiut, taik yg berckp. siot

MiszCoMoT said...

nub!! kat sini boleh komen ke? hahaha

shahirahkhairudin said...

hai. takde post baru ke hari ni?

=) said...

ce tolong depa angkat beg

Ain Zahar said...

wehhh nub..ang igt aku lg x?? geng pukui memukui..haha

Anonymous said...

No 7 paling tak tahan.. Nub, miss u..

Päk Läng said...

biasa baq ang

jannsheffie said...

kalau tgh stress dpt soalan cmtu mmg ni makan diaaa!! hahahaha btw bertegur sapa tu amalan yg bagus..hihi

Nazerah Yahya said...

nub??? ni blog ang ka ??? hokhokhok....

Muttallif said...

Tipikal Malaysia.

Pergh..betul2 lama tak singgah cne :)

Mashe said...

hg tetap macam dulu nub. wei, rindu kat hang. mn hg pi?

farazura said...

haha.. klakor..

nadzirah said...

yay, nub buat comeback :)

cik najah said...

salam nub . weh , rindu la kat ngko . rasanya dulu kau tutp belog kau kan ? hari ni baru tergerak hati nak bukak . sadisnya aku T__T .

Selamat tahun baru nub...

bagi pendapat aku , itu cara orang nak mulakan perbualan , ye dak ? :)

PemilikCahaya said...

terharu baca entri ni..entah.. mungkin trpikir pasal nilai kemelayuan anak muda skrg yg dah hilang..

Teena Tna said...

Haha..sebenarnya orang yg nak bertanya tu saja nk bertegur sapa, tp x taw nk cakap apa..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

insanbiasabiasa.blogspot.com