27.4.11

Denda ibubapa kepada anak anak


 Man merupakan seorang budak yang sangat nakal. Macam-macam kenakalan yang pernah dia buat. Paling selalu dia buat ialah keluar malam. Budak 6 tahun keluar malam wa cakap lu. perhh budak2 zaman sekarang.. Iyalah dia kuar malam, pergi mengaji kat rumah pak imam. Tapi abes mengaji dia tak balik terus. Dia mengacau orang tua balik dari mesjid.


 Suatu hari dia kacau sorang pakcik sampai pakcik tu lari masuk parit . Punyalah menggelabah kena sergah. Sekali bapak dia daa yang dia kacau tu. Akibatnya, dia kena rotan kaw kaw dan tak dibenar kuar malam lagi.

Dia mengaji di rumah jaa. Sebab tak keluar malam lagi dah, dia jadi malas mandi. 
"ahh buat apa nak mandi. buat apa nak smart2, duk dalam rumah je pon.."


  Bila hobi malas mandinya berleluasa, jadi busuk gila satu rumah. Umur 6 tahun bau ketiak kalah bau mayat yang dah mati 60 tahun. Bapak dia tak tahan bapak dia kejar keliling rumah dengan paip getah. Apa signifikan getah paip diguna aku pun taktaw.. mungkin nak bagi Man lebih rajin mandi kot.. Kalau macam tu baik bawak kepala shower jaa, lagi ringan, boleh baling jaa terus kat kepala Man. hahahha


Sebab rasa bosan duk rumah asik kena kejar dengan getah paip, Man pergi rumah jiran dia.Tengah syokk dok main PS3, bapak dia mai terus libas rotan.

" aduh bapak, sakit kot. apa pasai rotan ceq ni "
" hang mai rumah jiran awat tak habaq? "
" laa takkan tu pun nak kena habaq.rumah jiran sebelah jaa pon "
" kena la habaq, bapak pun nak main PS3 jugak. bosan tau dak duk rumah asik kena tibai dengan mak kau pakai senduk "
" hahhahaha..takut mak naa bapak ni. dengan ceq kemain garang "
" kau diamah.dah jom main PS3 nih "





Kecik kecik dulu, ibu bapak kita rotan, cubit, penampaq, libas dengan tali pinggang, ligan dengan getah paip, ugut tak bagi tidur dengan selimut tu semua bersebab... takdak depa buat lagu tu, takdak la jadi manusia kita ni.




sayang arnab digusti-gustikan,
sayang ibubapa kepada anak pandailah mereka mencorakkan





*post ini ialah hasil pukulan kaki2pukoi di post INI



26 kali pukul:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

hahahahaha,,,bapak ngan anak same je..

bapak borek anak rintik kn ;)

EJA said...

best nye entry ni bila eja baca eja dah terbayangkan situasi tu..bdk2 biasa la nakai tp x tau la plk bpk takut dgn mak..esh2 suka pantun tu :)

KAMIHIDUP said...

kepala shower tu tak tahan KAMI, terbahak gelak, wahaaaa.

.:padie_eyla:. said...

habaq kat pak hang! haha

husnaradzi said...

hahahahahahha terbaekkkk .

*takdak pukoi-pukoi tak dak la masa depan yang cerah :p

Fyqa said...

haha sengal punya bpak. 2 x 5 sama jaa

alyaa kamil said...

bapak penakot rupenya hahaha

aliarosli said...

hahhahahhahhah, bapak nak join sekali

hahhahhahahha

miss Fyqa said...

bapak dia pun sekepala ja.
hehe

Santan Berlada said...

yup... btul tu...
klo ayh ak x tegas...
x tau la ak jadi ape skrg ni... haha

Santan berlada : bowling :: Sejarahnye...

deeya said...

ape beza bapak dengan anak ?? haha ! aku dulu umur 7 tahun da rase rotan .. budak2 skarang sensitip kan klau kena denda2 siket nie .

nabila izyani said...

wahaha,,
denda tu mengajar kita berdisplin..tehee

Primadona said...

haha..luculah entry ni nub..comel giler.Bapak dengan anak sama je.kalau x silap semalam aku da baca komen-komen hang ni kira sesi cerita semulalah ye..Kena tibai dgn getah paip tu..hehe

Unknown said...

@♥NuR SyAFiQah♥ begitulah gamaknya..

Unknown said...

@EJA bapak ngajaq anak,bapak pun takut mak.. hahha

Unknown said...

@KAMIHIDUP haha.senang nak baling

Unknown said...

@.:padie_eyla:. hahaha.dejeyy naa

Unknown said...

@UNA budak BAEQ yahhaha sokong2

Unknown said...

@Fyqaterok betoi..dah tua2 sangap ps3. hahaha

Unknown said...

@alyaaboolat hihik.takot bini

Unknown said...

@aliarosli main ps3 kot! haha

Unknown said...

@miss Fyqa tengok bapak dah tau anak macammana.. hehehe

Unknown said...

@Shamsuddin Amin yeap. garang2 sayang gitu. haha

Unknown said...

@deeya skang lain cara kena guna..dak2 banyak manja so kalo pukoi satgi memberontak.. hehe

Unknown said...

@nabila izyani leh jadi cikgu disiplin x? hahaha

Unknown said...

@:: Azizah Alwi:: tu yang tiba-tiba aku tertanya tu. hahahah