Ini adalah post minda terbuka dari orang yang tak terbukak mana pun minda dia. Cuma dia kadang-kadang kecik dulu selalu jugak zip terbukak. selebet kanak-kanak, biasalah.
Selalu manusia takut, gentar, gusar, sedih, pilu, sebak, down, sakit, perit bila putus cinta. Cinta pun taktau apadia, sedih saja yang lebihnya. Maka apa kata kita buang semua sakitperit yang mengada itu, kita cuba cari keseronokan yang diperoleh bila putus cinta. Ada lebih kurang 155 keseronokan putus cinta yang aku tau. Laa ni habaq 25 dulu lah naa :
dapat jadi gemuk sesuka hati
jimat duit
tak perlu send report tiap-tiap hari. buat repot kimia seminggu sekali pon belum tentu hangpa ni
boleh lebihkan duit sendiri untuk makan. dulu bayaq 2 person. now 1 only.
boleh makan dengan lahapnya tanpa perlu ditenung pasangan
tak sakit badan kena cubit yang kononnya bermanja-manja
tak sakit hati bertekak yang kononnya bergaduh itu tanda sayang
boleh tido tanpa terjaga pukui 2-3 hari sebab awek kejut kononnya rindu.
telefon kau boleh letak di mana-mana tempat yang kau suka
pegi berak takpayah nak bagitau
boleh tido dengan puas dalam bas nak balik rumah tanpa digesel bahu diberi air liur meleleh percuma oleh orang tersayang
tak perlu cari alasan bodoh bila pasangan hang suspicious kat hang
tak perlu serabut-serabut nak fikir kahwin. nak anak berapa, nak letak nama apa. dia nak letak nama bibier, hang pulak nak letak nama rozmey..punggaah
tak perlu sibuk cari port baek nak buat projek
boleh main facebook sendiri tanpa perlu pasangan menyibuk nak login.
boleh letak password yang tak menggunakan nama pasangan sendiri
tak perlu buat memek muka merasa comel dengan harapan mampu memujuk pasangan kuat merajuk
boleh nyanyi Si Gadis Ayu by blackdogbone seriang hati sewaktu berak
boleh buat entry macam ni tanpa dimarahi pasangan di keesokan hari
boleh pasang lagu avenged sevenfold kuat-kuat dalam kereta
main bola boleh fokus kat bola, bukan fokus kat awek
boleh makan meggi kari letak ayaq sikit. baru feeeeeeeellll
boleh malas-malas syampu rambut, takdak orang sibuk nak belai-belai pun
boleh biar helmet bau macam kambing sebab takdak pasangan menumpang sekali
boleh dapat gelaran loser dan loner. dan dengan bangganya boleh kita jerit kat hidung budak yang cakap kita loser tu..
"aku lama dah nak habaq kat hang. tapi selama ni tak sampai hati. laa ni aku habaq. awek hang kuat kentut dalam kelas aku. pastu lepas dia kentut, dia tadah dia amek bau..pastu buat muka puas. itulah kecantikan dia yang hang tak nampak selama ni"
boleh sambung lagi post ni lain kali.... harhar
19 kali pukul:
Hahahaaaaa!! kau suka buat aku ketawa dengan tulisan sinis kau,..
#Tabik..
single is simple, right?
wahaa, KAMI tak pernah nangis kot baca entri nub. semua gelak je. wahaa. :)
btol 2 boleh pasang skandal briban2 law mo xde kna kongkong hahaha..
kahkah.
takpayah poning palo/
waa betul lah. helmet aku mmg bau ala-ala kambing skg. dan aku juga tak ingat aku campak hanpon aku dekat mane. 8 tahun dah tak topup.
walaweh..putus cinta pun memang kita kena steady jer.
hahha! nub, entry ni sumpah lawak gila laa! ko boleh masuk maharaja lawak lepas ni! haha
hehhehhe....ada benarnya single neh..kiranya semua sndri2...hehhe
single tu best giler..
keh3.aku mampu senyum je.
Hahaha! seronok kan jadi single XD
rozmey bibier? wakakaka! ngeng betoi.
nub? hang single ka?
kk : hekhekhek
delaroc : right
KAMI : perh.itu perlu tahap tinggi kalu nak nangeh2. haha
ain : hahaha. pun boleh naa
farah wani : botoi tu botoi
gw : iya tepat tu. steady medy
elie : aku paham kondisi hang laa ni
ila : keseronokan sendiri pun ok sajaa
makngah : giler2 naa. haha
aleen : hehek. sesuai muka hang
piqah : hehek =)
rara : haha. hang rasa?
ok aku single and aku setuju !
adoi nub, mn hang dapat idea sengal mcm nih?
terbaik nubbbb!!!!!!!
macam2 la hang
kah kah kah.... awek hang mst duk cemuh pahni, tipu la hang single
Post a Comment