28.11.11

Perkara yang "membahagiakan" apabila menaiki bas untuk perjalanan jauh

Di Malaysia ini, bas ekspres masih kekal sebagai salah satu cabang pengangkutan awam yang paling "membahagiakan" dan menjadi pilihan untuk balik kampung atau travel ke sesuatu tempat. Kalau anda fikir kapal terbang atau kapal selam lebih membahagiakan, nyatanya anda sudah tersalah fikir. Ini antara kebahagiaan sejati yang mampu anda kecapi melalui pengalaman menaiki bas :




1) Punctuality itu prinsip wajib
Usah risau jika tiket bas anda pukul 10, pukul 11 steng pun belum tentu anda boleh bergerak lagi. Kalau naik dari bandar-bandar besar mungkin kebahagiaan ini tak berapa dirasai, tapi kalau di daerah-daerah kecik, kebahagiaan punctuality amat terasa sekali.

Biar lambat asal selamat. Biar lambatkan orang lain, gaji aku tetap dapat
(pakcik drebar,dulu...kini..selamanya)




2) Seat anda, bukan untuk diri anda sendiri
Bayangkan... dengan semangatnya anda beli tiket seat baik punya, tepi tingkap, tak belakang tak depan sangat supaya goyangnya tak terasa sangat, sekali bila masuk jaa ada lahanat sudah duduk kat tempat ampa tu.

anda  :  eyh, 6A ni seat saya.
lahanat  :  bagi la aku duduk, aku suka nomboq 6A ni. cantik nomboqnya.
anda  :  haa, saya ada seat nomboq lagi cantik kalau awak mau.
lahanat  :  nomboq apa?
anda  :  5J
lahanat  :  apa yang cantiknya?
anda  :  5J = 5 jari!  dah blah, aku lepuk kang sia-sia meninggal dalam bas


see, bahagia kan?




3) Drebar bus, lori dan kenderaan berat adalah bersaudara.
Tahukah ampa, pemandu kenderaan berat apabila berselisih depa akan membunyikan hon sebagai tanda keakraban persaudaraan sesama pemandu kenderaan berat? Ini adalah kebahagiaan yang sangat rare kerana anda takkan dapat memperolehinya jika menaiki kapal terbang. Lagi pulak ada yang jenih sepanjang perjalanan tu dia kerja nak hon jaa.

 Bahagia yang amat bila tak boleh lena, tapi boleh menjadi saksi ikatan persaudaraan yang sungguh mengharukan. sob sob, menulisnya saja sudah membuat aku tersentuh hati. tsk tsk




4) Tak perlu ke disco untuk hentak-hentak kepala, dalam bas lagi masyuk
Yeah. Ada saja manusia yang fikir hanya dia punyai handphone dalam dunia ni dan ringtone dia lah yang paling sedap sekali. Maka tak pernah sesekali depa nak silent fon tu. Sekali 2-3 telefon berbunyik, sudah macam muzik remix nigga + dubstep + kpop + indon + irama yang sangat membahagiakan halwa telinga.

Ada juga yang suka bermain mesej sepanjang perjalanan dan ringtone untuk mesejnya tu ialah full song lagu kegemaran sendiri. Perh, kebahagiaan maksima pabila dia saja buat-buat lambat nak bukak mesej tu. Oh bahagianya......




5) Bus pun pasar juga
Potpet potpet orang di pasar samalah jua dengan penumpang yang kerjanya bercakap telefon sepanjang masa. Kalau dari KL mau balik Kelantan, selagi tak jejak stesen bus kat Kelantan selagi tu la dia akan bercakap telefon. Banyak betul ayaq liyoq depa naa, buleh cakap 12 jam tak berenti..?



6) Berehat sebentar bersama KitKat
Drebar bas ada yang sangatlah suka berehat. Pantang nampak signboard R&R pasti dia belok masuk. Kalau KitKat kata berehat sebentar jaa, depa ni takdaknya sebentar-sebentar. Selagi tak kematu pungkoq penumpang, selagi tu la dia tak jalan.



7) Drebar adalah raja
Tak kisahlah hang minat Kpop ka, malaypop ka, industan ka, indie ka, kalau pakcik drebar suka dengaq Cinta Mukabuku, hang layankan ja lah sampai tiba ke destinasi. Kalau taknak kongsi kebahagiaan mendengaq lagu pilihan drebar tu, boleh jaa mintak tukaq. Tapi tak merasa lah kebahagiaan yang aku maksudkan. haha



8) Tiraiku, tiraimu jua
Kalau tengah silau dek panas tengahari, anda sangatlah mengharapkan tirai untuk menjadi pelindung. Malangnya, tak bahagialah jika anda tak tarik-menarik tirai dengan orang di belakang/depan. Tak pulak tirai tu habaq dia tu hak siapa, pandai pandai lah hangpa bergasak.



9) Lunjoq jangan tak lunjoq
Nak tidur mestilah seat dilunjurkan ke belakang sikit an. Hah, toksah sikit-sikit. Lunjoq jaa sampai kena kepala lutut orang belakang tu. Beri kebahagiaan maksima kepada mereka. hahahah.. adoiilaaa..



10) Ini bus atau tongkang nak karam?
Bunyi-bunyian dari bahagian enjin itu amatlah menyeramkan, sampaikan kita tak putus-putus berdoa semoga bas yang dinaiki tak pecah sebelum kita menjangkau dentinasi dituju.



11) Jauh perjalanan, luas pemandangan
Apa salahnya membuta tak sedaq dunia, mangkit-mangkit jaa dah terlajak kat tempat lain. Arhhh tak guna merampuih sendiri, bahagia sungguh bila terlajak destinasi. kan?kan?




12) Oh, ini bahagia yang paling bahagia sekali. Pabila menaiki bas seorangan, anda mengharapkan dapatlah duduk sebelah awek masyuk buat modal mimpi indah, sekali bila naik jaa duduk sebelah pakcik tua atau mat indon muka villain gila. epic bahagia! harharhar





Bahagia mudah dicari, baju yang kotor boleh dicuci, tapi hati yang baik sukar dicari ganti. menatang padia aku pun taktau


25 kali pukul:

Anisa Hang Tuah said...

lunjoq jgn tak lunjoq

Eyka said...

"Bahagia mudah dicari, baju yang kotor boleh dicuci, tapi hati yang baik sukar dicari ganti"

ini lagu tagline cuci kain 2 kan? kan ? kan? bhahaha :P

gua tak suke naik bas sebab bau bangla busuk..

kbai! keh keh keh :P

Unknown said...

nsb bek la ak jrg nek bas...

Unknown said...

nis : kikiki

eyka : hahaha. tatau tatau

s-m : hidup anda kurang bahagia. hihii

say to easy=) said...

part seat ada org dok tu la paling bengang.selalu jd kat sy.last2 pukoi ja.org tu tidoq ka x,mmg pukoi sbb dengki.hahaha.

syahassan said...

skunk nie kan musim hujan..hangpa bygkn bas pon blh bocoq?? habeh pnumpng bsh kuyuq.. kuang aja!


p/s : slalunya.. lagu yg aq dgq dlm bas.. lagu dolu2 jamang 60-an kot.. xpon lagu hindustan yang dah berabad lamenya.. lagu cinta mukabuku?? uihh jauh skali deq non oiii..

Anonymous said...

antara banyak2 nie.. no9 paling saya *suka*.. dah la memang kaki saya panjang.. =.= memang best sangat la klau orang di depan tu tidak bertimbang rasa gan org belakang.. pernah terjadi dari KL ke penang.. nasib baik sebelah tak da org.. boleh angkat kaki.. =) nice share.. ^^

nabila izyani said...

naik bas pun boleh jadi macam naik kuda.. apabila jalan tak rata ..semua penumpang seolah2 menunggang kuda dalam bas.. haha

Afiqah Anwar said...

num 1 lagi dah setuju. haha

Bahagia betul ~_~

-rye- said...

HAHAHAHAHAH at least x kena naik bas yang seat dia xleh nk tegak. sepanjang masa seat dia utk yg baring nk tido ja. kebahagiaan sejati sgt

stalker hebat ! said...

selama aku nek bas takdakla teruk sgt nub oii.imaginasi ang tinggi sgt nihh.hhaha^^





**bau rokok dia ja kengkadang aku tak tahan.haaaih--'



**ada gak part2 yg betoi terjadi.peace!!

teacher anis said...

kahkahkahkah...hadoiiiii,sakit perut dek gelak berlebihan..teringat kenangan balik seremban..mula2 belajar kat matrik kedah,balik dari changloon ke seremban..dapat naik bas durian tuggal yang 2 tingkat tu,fuh memang bahagia sangat.(poning dek laju),and second sambung blaja kat ganu,bas tranasional menjadi pilihan hati..drebar bas sorang tu suke merungut dan marah penumpang..ngeri...bahagia lah sangat

ewanthology said...

lama dah tak naik bas....

ILA HonEyBuNNy said...

hehehhehe.....

naik bus macam2 ragam ada tau....

pakcik2 bus n pkcik2 trebar yang lain mmg akrb...jumpa ja hon..ehheheh

Rara. said...

hang tau dak nub, aku paling takot naik bas. so, aku tak merasalah bahagia macam hang cakap tu. HAHA

Jurnal Murahan said...

aci tarik tirai tu yg lawak tu

last2 serkup muka dengan sweater haha

Primadona said...

terlampau bahagia bila aku dah merasai semua itu.lol Terbaiklah nub! =)

YattAkasah said...

aku tak suka naik bas

KinosKoko said...

bahagia tak hengat...hahhaa

a.samad jaafar said...

aku pernah naik bas ekspres..tetiba je nak terberak..ciss.. berpeluh menahan..rasa nak pitam wooo.. itu yg lecehnya naik bas..tapi kalau dapat duduk sebelah awek cun..best..siap doakan moga dia tido lena, lentuk kat badan hahahaha.. yg tu bahagia kot!

a.samad jaafar said...

komen nub dikesani dalam spam..saya tak berani nak publish..maaf ye..tapi saya sgt menghargai kesudian menjenguk dan memberi komen diblog saya..TQ

cik najah said...

erk.. seumo hidup boleh kira dengan tangan sebelah je berapa kali naik bas..

Aja Isma said...

erk,,nub, no 6 tu aku terase,,haha
tak perasan komen2 hang kena spam..hehe

Aja Isma said...

nek bas paling best tido

Mashe said...

hahaha btoi2...